Thursday 29 December 2011

Pilih & mula bisnes

Seringkali kita mengidamkan mempunyai bisnes sendiri tapi banyak kekangan, antaranya modal yang besar, tiada mentor yang mengajar dan ilmu bisnes yang kurang mantap walaupun anda ada MBA. Dalam bisnes, semua kelulusan tak mendatangkan sebarang faedah kecuali sedikit sahaja. Yang penting adalah kerja keras yang berterusan disamping bijak menilai & memanfaatkan peluang yang sedikit.

Peluang disini bukanlah bermaksud anda kena menjadi 'jahat' untuk menjadi kaya tetapi memanfaatkan peluang yang terhidang. Kata orang, peluang hanya datang sekali tetapi haruslah diikuti dengan kajian yang mendalam tentang apa yang mahu dijalankan, Internet kan ada, hehehe.

Berbekalkan modal yang sedikit, sudah tentulah perniagaan MLM yang menjadi pilihan, tetapi MLM apakah yang menjadi pilihan anda? Kriteria apakah yang patut diutamakan dalam memilih MLM yang akan diceburi nanti? Jom lihat dibawah:-